penat balik dari gambang waterpark semalam..memang letih..seronok,semua part seronok :)
aku hampir-hampir lemas duduk dalam air di mana ketinggiannya adalah 1.5 meter kerana ketinggian aku adalah 1.6 sahaja.. masa tu,aku memang lupa macam mana nak apungkan diri ,aku lupa nak berenang semuanya sebab aku gabra,cuak dan macam-macam lagi.. thanks to GOD man sempat tarik aku.. LIFEGUARD kat situ pun macam tak ada function,aku rasa macam dah nak pengsan telan air banyak sangat kat situ.. OKAY, tell the truth,aku puas hati dapat masuk situ,tp pasal harga food kat situ..VERY SORRY memang tak berbaloi .. memanglah nak jaga tempat dorang tu.. GAMBANG WATERPARK.. si,bolehla terima alasan dorang takleh bawak makanan dari luar masuk.. TAPI,kalau tak boleh bawak makanan luar masuk dalam,jual la makanan dengan harga yang berpatutan.. INI jual makanan macam nak suruh orang terjun bangunan dengan jaminan hidup,baru dapat makan free kat situ.. WTH? ini semua memang mengarut.. nasi yang sikit dengan air berharga RM8.80 ?? dahlah nasi sikit,langsung tak puas hati nak makan. Aiskrim? RM2.00 --'
sekali seumur hidup..tu jela saat-saat aku pergi kat situ,no more..
kalau Jijie topap dekat gelang dengan RM50.00 boleh tinggal 20.70 ..? aku? topap 20 tinggal 4.20 .. huh.. ni kalau buat tilik-tilik nombor 4D ..adalah yang kene ni.. haa.. mengangkung plak aku dekat blog ni..
sabor je la nyahh ni.. bukan nak kata apa,pi sunway lagoon lagi best kot,atau pandan waterfall? atau tempat mandi dekat KLCC ? lagi lah mengancam.. cuma tak ada gelongsor-gelongsor yang tinggi-tinggi tu..
pehh.. nak cite,ceq dok menyelam kat gelongsor tu macam nak tercobot jantung.. ade ke patut pelampung tu pusing-pusing macam nak suruh aku terbalik. Dahlah aku ni ringan macam kertas,macam lidi, diperlakukan daku sebegitu rupa. YEAH! act,tak adalah menakutkan pun. aku kurang menjerit TAPI, tengok una jiji menjerit beriya.. aku pun nak jugak.. nampaklah aku ni macam perempuan sikit,takut turun gelongsor tu. HAR HAR. jadi kau diam jangan banyak tanya.. semua gelongsor tu aku dah cuba.. tak ada yang tak terbalik-terbalik,sumenye terbalik. confirm . aku sampai tak pergi sekolah harini.. HAR HAR
hey,bukan sebab aku penat okay.. mental.. tak sesuai dengan orang yang katang macam aku ni nak kata penat. HAHA
act,masa kat gambang tu.. kitorang ramai-ramaila masuk dekat river tu.. aku dengan eda pusing-pusing dekat situ. and paling aku terkejut,qayyum and all adik beradiks mengongs bin tongongs tu ada jugak. so,takkan aku nak halau plak,bukan aku yang bikin itu gambang waterpark. REDHA jela muka. aku bukan tak suka dorang,tapi dorang tu bukan leh caya.. nak nak bab gurauan dorang . BOLEH MATI!
aku tak kisah diorang nak gurau,guraula. aku terima semua gurauan tapi, kalau bab menebalikkan pelampung tu .. aku memang takleh tahan.. aku dah warning,dah cakap . AKU TAKNAK GURAUAN yang macam tu.. susah sangat ke nak faham? aku dah cakap tu,ingat sendirila.. masing-masing dah besar nak fikir. Andaikata aku mampus tenggelam masuk air,korang nak jawab ke kat mak bapak aku? silap haribulan ,seluruh adik beradik aku diharamkan berkawan sebab aku mati kerana gurauan kawan. memangla paras air kat situ 0.9 meter .tapi,kalau korang dah terbalikkan pelampung tu,telinga aku,hidung aku,mata aku semua dah masuk air, andaikata aku tak sempat nak or kejang kaki nak cecah lantai tu.. tak mati ke aku? aku pakai tudunglah wey,korang tau tak berat tudung tu kalau rendam dengan air? korang boleh fikir ke tak? aku tau korang tak fikir,sebab fikir nak enjoy je. nak gelak,nak apa..jangan nak bandingkan aku dengan BOB sebab aku dan dia tak sama. jangan nak kata bob berat boleh bangun,aku ringan takleh. apakata korang ukur ketinggian bob dan aku? jauh sangat bezanya.
tudung aku dah penuh dengan air,aku pakai inner lagi,seluar aku tu berat bukan seluar swimming macam eda ,una jiji or sape2 pakai. jadi tolong fikir dengan logik okay. aku marah pun bersebab,bukan suka-suka hati nak marah korang. kalau aku boleh ikut untuk tak buat apa yang korang tak suka,kenapa tak korang? dua kali korang buat. first,aku marah ,qayyum terus emo. tau pun nak emo ..ekot kau sorang je. tak fikir ke dengan sebelum-sebelum ni? kes baling tepung tu,aku selit kat pipi kau dengan kat leher azzam . tapi korang? sampai angkat tudung aku ,masuk dalam baju. melampau tau tak? yang una tu,sampai merah mata dia,masuk mata apa semua. yang tu lagi teruk. tudung aku terus melekat tepong,baju aku tak tanggal-tanggal lagi tepungnya. tapi,ada aku pergi emo kat korang ke? ada ? tak ada pun ,jadi kenapa korang perlu lebih melampau lagi dengan aku? aku tak selalu kacau korang,tak banyak kacau korang , tapi bila aku kacau,korang balas seribu kali ganda. sakit tak sakit hati aku,korang tak pernah kira,aku tak pernah cite. sebab aku malas nak gadoh dengan korang,nanti aku jugak yang susah nak komunikasi dengan korang dalam kelas. jadi,kalau rasa tak boleh terima aku,biar aku letak jawatan,korang gi la cari ketua baru. orang yang korang boleh buat gurau dengan melampau,yang penyabar and takkan tegur walau apa pun korang buat. pergila cari . aku tak ada ciri-ciri tu semua sebab aku ni panas baran,suka marah dan suka mengamok. so,please get and lost.
aku boleh gurau,boleh gelak dan tak marah sikit korang panggil aku kertas,lidi,tiang, apa pun. aku tau aku kat mana. tapi,korang? kalau cakap kat korang . korang cakap tak nak jatuh . nak menang. jadi untuk apa aku berentap mulut setiap hari dengan korang? aku marah ,korang tak suka,aku pun tak suka marah . tapi,korang sendiri yang buat aku marah. ada korang fikir perasaan orang lain? and qayum,time kau terbalikkan pelampung aku tu,kau fikir tak? berapa banyak air masuk dalam telinga aku? hidung aku? mata aku? ada kau patah balik,tanya keadaan aku? ada kau mintak maaf? ada kau sedar salah kau tu? aku cuma cakap . "KEPALA HOTAK KAU" . kau terus emo,malas nak layan orang macam aku,yea takpa,pegi jumpa cikgu rusdi sekali. trus cakap,kau taknak ketua kelas macam aku. kan senang .
aku malas nak fikir,nak cakap banyak-banyak . kalau aku cakap macam kau nak dengar,last-last kau jugak yang akan mengalah dengan kau .. ekot kau la abdul qayyum.. ekotlah suka hati anda..
Followers
GAMBANG WATERPARK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen romen:
Post a Comment