Followers

DEMAM -.-

Dimulakan dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum :) 

First of all, aku rasa lapar sangat. Kerana demam ini , aku terpaksa berpantang makan. Aku sejenis makhluk ciptaan Allah yang tidak tahu berpantang dan tidak pernah kenal pantang makan .Setiap hari,semenjak aku demam mak asyik membebel dan membebel. Ada seronok dan tak seronoknya time demam ni..

SERONOK
1. Tak payah buat kerja. Itu memang favourite aku,mak aku tak paksa aku buat kerja itu ini,duduk je dalam bilik dilayan macam anak raja. Setiap malam mak aku bagi susu panas,jaga aku.. :D .. 
2. Aku suruh adik-adik aku buat kerja,dengan sepantas kilat dorang buat . Cuma perlu buat muka sedih dan sakit.Mereka akan bergerak macam lipas kudung tanpa banyak soal
3. Mak aku suap makan..Alolololo ! Part ni aku best sekali . 
*untuk pengetahuan ,aku tak suka makan suap sendiri . Aku suka orang suapkan ,sebab rasa macam men-transferkan kasih sayang ke dalam mulu*
COMOLOT JOM
Bila aku makan sorang-sorang aku suka suapkan orang.. Kawan-kawan aku semua aku suap.. Heee.. terasa sifat keibuan menusuk ke dalam kalbu (poyo) . Korang tahu tak bila makan sorang -2 ni aku boleh jadi gila 3 4 hari ? Mulalah aku nak cakap merapik-rapik 
4. Tak payah jaga adik-adik aku 24 jam ,sungguh senang hati , nak tido lambat boleh,tido awal boleh .. sungguh indah~
5. Akhirnya. Dapat study dengan aman dan damai~

TAPI... lebih banyak tak seronok dari seronoknya
1. miss banyak pelajaran di sekolah . Aku nak SPM ni,masa ni sakit datang. Aku tension betul ,ni yang buat aku rasa nak baling netbook adek aku ni.. BENGANG NI BENGANG .. Dahlah banyak subjek aku miss, kang jadi cam orang bangang tak tahu apa-apa je ni~
2. selalu sakit dada,sesak nafas setiap malam.. Silap haribulan kene tahan lagi dekat hospital macam dekat kem banting hari tu ! TAKNAK !!!
3. makan itu tak boleh,ini tak boleh semua tak boleh !
4. badan aku dah naik bintat.. -.-' ... macam ciken pox.. ciss...
5. kene mandi air ubat setiap hari sebab antibodi badan aku sangat lemah dan boleh dijangkiti pernyakit bejangkit
6. bertemu dengan pelbagai jenis ubat baru . hello sayang *mampus aku nak cakap camtu* Ingat seronok ke ? Dapat ubat yang saiznya muat masuk lobang hidung.. Astaghfirullah~ nak telan macam mana tu ? Puas aku fikir,nak telan ke taknak. Sudahnya aku ambil keputusan untuk minum air masak banyak-banyak .
(dah sakit macam ni baru nak amalkan minum air 8 gelas sehari)
7. kebosanan terceruk kat sini,dalam bilik je. Tak boleh keluar bilik,tak boleh keluar rumah .

Sangat tak best sebenarnya ! Korang ingat aku nak sangat ke tak pegi sekolah duduk dekat rumah macam orang taknak belajar ?  grrr... aku bosan duduk rumah. Aku bosan sakit.. -.- 
Bila malam menjelma. jamban jadi tempat tidur ,gastrik satu hal... huh..

Tapi, aku harus sedar. kesakitan ini adalah untuk mengingatkan aku kepada ALLAH
aku sabar.. aku sabar..
Mintak korang doakan aku baik dan sihat sentiasa.. terima kasih :D

0 komen romen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...