Followers

Sedihlah aku kau buat aku macam nieeee~

haisss..aku rase cam nk tembak-tembak je kepala kau dengan pistol air (aku syang kau,sebab tu aku nk tembak pakai pistol air)

harini,tak nampak acap datang training..aku rasa nak nangis..huuu..kau kejam lah..kau kejam benci nyahh!!..cube kau paham perkataan ini

"wei kau beruk! aku sayang kau!"

*okay,aku tak lahh nk cakap kau tu beruk,tapi aku rasa kalau aku cakap kat beruk aku sayangkan dy,kompom beliau berlari kegembiraan peluk aku..:D

kau bijak,kau kacak,kau menarik dan charming

*fine,memang aku tipu lahh

tapi taktau nk cakap apalah..haih..aku tak paham sungguh..kerana aku memang tak paham apa yang sedang berlaku..
turun training,tk sangka aku menjadi insan yang terawal (nombor 2) selepas kau..aku rasa sebek dan taktau nk buat apa sebab cuma aku engkau dan puputnya angin meniup aku.. *ceh,macam aku sorang dapat angin
aku cube2 belagak cool walau aku tahu memang aku cool gile..tapi aku cuba coolkan diri aku lagi supaya tak terasa bahangnya mentari petang itu..dan tetibe aku tengok kau lari sekeliling padang..fine,aku baru niat nak lari dekat padang tu..tetibe kau dah lari terus aku lari dekat court tu..haaaaa~ =='
(memang saja nk dera sensologi aku lahh tu)

acap,kau tkde tadi kann..aku nak nangis tengok beliau..nasib bek tkde sape nmpk aku nangis ..HIHI..selalu kau je yg tegur..HAHA..tapi,tadi tkde sape yg prasan ..dan aku bangga kerana berjaya ketawa segalak yg mungkin..dan enjoy hari aku seenjoy tadi..acap please..lepas ni datang biar aku ketawa dengan normal..tolonglahh.. (diharap permohonan dan rayuan ini diterima..teeeettt)
HAHA.
please..harini aku pusingkan leher aku seratus lapanploh darjah hanya untuk engkau..sekian lame aku tk buat harini aku buat..so tolong hargai kesakitan leher aku ketika ini..untuk kau..
aku jauh kan diri aku duduk dekat jaring2 bola baling tengok kau mencangkung minum air. XD
aku dengar kau tanye di mana kah ***** tapi,aku buat2 tak dengar dan aku nak lari sejauh mungkin sehingga aku tak nampak bayang kau..tapi,ALLAH tetap mahu aku dengar dan aku dengar sambil ketawa dalam sendu
ohh..ayat aku sangat jiwang ini hari...opcoz..aku sedih sebab kau lahh bengong! HAHA..kau tak perasan ke? tak perasan baguslah..sebab aku memang harap kau tak perasan..aku tak tarik lengan baju aku pun tady,hebat kan? ternyata aku memang boleh seperti MALAYSIA BOLEH :D
aku harap kau dengar lahh kata hati aku ni..
"jangan sebut atau cakap atau cerita kisah wanita alim itu di hadapan aku..sengaja atau tidak,pastikan aku tidak mendengar namanya..kerana semakin lama perasaan emo aku semakin menguasai aku dan aku nak tinggalkan bola tampar"
tak banyak pun aku mintak kan? kalau aku boleh tunaikan permintaan kau nape tidak permintaan aku pada engkau? itu sahaja..
dan esok..aku akan bekerja di Indera Mahkota sebagai ballpicker terulung dan terkacak
*eh..kacak? HAHA
dan aku akan hadap Hazman,Syaiful..ohh tiidakkk~ ngeee
epul..dan terutamanya awek epul.aku tknk jadi penyebab hubungan korang okay,so epul maybe kite takkan rapat macam dulu..aku tknk kau marah awek kau sebab aku..tolong jangan kaitkan aku dengan sebarang hubungan yg bakal retak berjuta..aku dah sakit hati kene tuduh macam tu dulu..walaupun dah lama,tp pada aku luka tu sangat berbekas sebab kakak aku pun kene sekali..dan aku mintak sesangat pada kawan2 aku ..lelaki terutamanya.. cakap first2 kat GF korang..aku banyak bergurau..tapi,aku tak pernah rampas teman hidup orang..orang yg rampas dari aku..adalh koott?? siapa? HAHA..
hanya tuhan yang tahu..

harini nak bercerita sikit pasal apa yang pernah dan sedang berlaku dalam hidup aku :-

manusia ni..memang tak pernah puas dengan apa yang pernah dia miliki..dan apa yang dikurniakan .. takkan menyesal sehingga mereka kehilangannya.. dan sehingga mereka mendapat balasannya..
pada aku,cukuplah aku jadi diri aku yang sebenar tanpa perlu tiru keadaan hidup orang lain..dan aku tak mahu ada yang mengubah diri aku sebab tak boleh terima diri aku seadanya sedangkan aku terima kekeurangna dan kelebihan diri mereka sebagai kawan dalam hidup aku..dan kalau kau atau sesiapa nk melamar aku..ummm..'melamar' faham2 lahh.. satu aku mintak,fahami diri aku dan jangan ubah apa2 yang kurang atau lebih dalam diri aku,kerana tuhan sesungguhnya memberi aku kehidupan seperti itu dan sesungguhnya Allah yang akan mengubah dan membuka hati aku sehingga aku berjaya temui sesuatu..
aku hidup dengan dunia dengan penuh ramah dan bertatasusila..aku buat baik dan berbaik sekiranya kalian berbaik dengan aku..aku jaga batas aku sebaik mungkin walau aku terlepas sesuatu yang kurang menyenangkan jadi korang kene terima aku macam tu..aku hidup di atas muka bumi ini dengan visi dan misi yang pasti..aku tak diajar ibu aku untuk menjadi perampas atau gangguan dalam hidup atau hubungan seseorang..tiada cacat cela dalam apa yang ibu didik dalam diri aku..cuma aku yang terganggu kerana kalah dengan hasutan syaitan..aku berdendam. :) itulah kelemahan aku.. aku keras kepala dan aku ego..
fahamilah itu sebaik mungkin kerana mungkin korang terkena dengna aku..jadi mintak maaf,aku manusia biasa..
hidup aku dikelilingi kawan-kawan lelaki kerana korang perlu faham..lelaki dan wanita punya pandangan yang sendiri dari segi kematangan dan membuat keputusan..aku lebih senang berkawan dengan kawan-kawan lelaki aku kerana tak banyak masalah yang timbul..simple to say,

"aku benci kau"
"da tu ,apa aku kesah?"
"apa2 ajelah,lepak bandar jom,esok kuar jenjalan,pekse dah habes"
"okay..beres"

mudah kan?

dan aku kurang bergaul dengan kawan perempuan kerana

"aku benci kau"
"asal nak benci? apa aku buat? ada masalah ke dengan aku?"
"perangai kau tu laa..gatal ngn pakwe aku kenapa? kau suka dy ke?"
"eh,kawnan jela..kau melenting ni kenapa?"
"eleh..kawan konon.hei,kite same2 pompan laa,aku kenal kau dah lame,tipu kalau kau tak suka dekat dy,aku tengok kau sanggup buat itu ini just nk jumpe dy..apahal?"
"aku dah kate,kawan..apa susah sangat?lantak kau lah"
"hei..aku tak habes lagi..sini lah kalau berani"
PANGGG!!
kene penampar sebijik..HAHA..
dan kemudian bertumbuk..
jadi korang tepuk dada tanya selera...bukan aku nak bangga aku banyak kawan lelaki,tp fikir dari segi rasional minda sendiri..di mana letaknya harga diri perempuan? gaduh sebab lelaki? biar kawan lelaki aku tu otak kuning atau apa sekalipun aku respek diorang sebab diorang tak pernah cuba buat khianat dekat aku..diorang layan aku sebaik-baik kawan dan treat aku macam kawan yang lain..
yang mana mudah? bukan aku benci perempuan tapi,aku tak suke dengan sikap perempuab yang tak sudah-sudah..kalau pasal lelaki dah macam tu,apatah lagi dengan fashion,sukan (ehemm) , kasut dan macam2 lagi lahh yang aku tak larat nak taip..think positive..dan aku mintak maaf sesungguhnya kepada teman2 istimewa aku sebelum ni..kalian belum cukup memahami aku sebagai seorang perempuan yang berperangai macam budak2 seperti aku..dan aku mintak maaf tak jadi insan yang sempurna dalam hidup korang..
Adios~ :D

0 komen romen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...