Followers

lorat di MALAYSIA

Assalamualaikum :)

for sure,para pembaca blog ni semuanya mai dari macam-macam negeri bukan? kadang-kadang tu ada jugak yang tersesat dari luar negara dok tengok blog kita orang melayu.. haa.. ini nak habaq..
kita duduk satu malaysia,macam-macam kita kongsi dengan semua masyarakat. Sebenarnya kalau korang semua nak tahu,Malaysia ni adalah salah satu negara yang paling beruntung kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dekat dunia ni bukan? Kalau hidup tak jadi orang bersyukur,untuk apa kau hidup dekat dunia ni.. bawak-bawak lah bertaubat.
Malaysia,kalau nak kata,aku cukup bangga jadi rakyat Malaysia,macam-macam ada. Kau nak jumpa

♫ penyanyi .. ada
♫ penari...ada
♫ penghibur... ada
♫ pelawak ... ada
♫ pencopet...ada

pendek kata segalanya pe ada..
datang dari mana? dari MALAYSIA.. haa.. tak gitu?
kalau cerita pasal Malaysia,kita tengok orang mai dari segala macam tempat,Kelantan,Perlis,Kedah,Pahang,Terengganu,Johor,N9 dan segala macam negeri dan Wilayah
mari belajar bahasa dan lorat

kalau cerita pasal kelantan,ramai orang cakap lorat kelantan ni kaso.. ha..pasal penggunaan kata dia tu macam susah nak sebut,macam thailand pun ada jugak..

"kawe tok cakak laie,mu gi doh"
haa..aku pun tak pandai mana nak kecek-kecek kelantan ni.. Khalil pandai,kalau dia call aku,aku suruh dia cakap kelantan,dia cakap :D .. comel,sebab suara dia comel.. ahaksss...
Khalil kecek kelantan kat aku macam ni,masa ni tengah merapu-rapu duk cerita pasal makan budu... HAHA

"abe,nok teh o be so,letak budu dale cawe tu,adek nok make gitu..sedak gitu ..yea abe ye.."
aku punyalah gelak sakan dengar dia cakap,tak ada kerja nak makan budu dalam cawan,aku ni dahlah tak 
pandai makan budu,ada ke patut? merapu dah abe so tuu.. entah apa-apa aku layan jugak kerana aku memang suka orang cakap bahasa negeri dia,seronok dengar.. HAHA..macam gitu-gitu kan.. haha..
tapi kalau dia cakap kedah lagi aku tak paham..dua-dua loghat dia memang pekat,aku tak boleh blaa~
terbahak-bahak aku gelak dalam bilik ,tengah on fon tu,aku gelak macam apa,dia pun panggil-panggil nama aku surh aku berhenti gelak,lepas tu dia pun gelak sama.. haduii.. tak tahan dengan dia tu..
kalau dia cakap kedah
"qila dok buat apa tu? khalil nak habaq ni,kalo qila potpepotpet.."
ehh..satu haram aku tak dapat pickup,laju sangat.. bila aku cakap laju,dia pun tak dapat tangkap.. guane tu? tapi,dia paham kalau aku cakap tu,masuk lorat-lorat terengganu,kelantan sikit.. haa

anyway,kelantan,terengganu and pahang adalah satu negeri yang berkongsi lorat..cara lorat dia tu pun lebih kurang je..maksud dan penggunaan pun sama. Cuma yang membezakan loratnya adalah

terengganu - haa..terengganu ni macam pemes dengan penggunaan NG macam mung ,makang, and satu lagi lorat yang ala-ala pemes dalam terengganu ni adalah penggunaan AK macam cakap tu jadi cakak,dekat jadi dekak,pelat jadi pelak
kalau kita gunakan bahasa terengganu jadi gini
"mung ni,kawe doh cakak toseh buak,mung tu dege"
transalate
kau ni,aku dah cakap tak payah buat,kau tu degil
haa..kan semacam tu ? seronok ni.. HAHA

kalau kelantan pulak
-dorang ni pemes dengan penggunaan bahasa umm..aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi macma cair-cairlah sebutnya.. deme ni maksudnya kamu,mereka. macam tu lahh..
*tapi,sometimes ada jugak kelantan dengan terengganu pakai demo,deme . a bit confusing here lahh
and other words like kawe pun kelantan guna jugak but they didn't use mung but mu sebab macam aku kata,kelantan ni macam ada cair-cair sedikit bahasanya .. contohnya macam si khalil tu cakap dekat aku pasal budu tu la.. ha,macam tu.. tapi,kalau kita eja ayat dia macam mudah je kan nak cakap,tapi bila kita dengar kelantan pure punya kecek,peeh,memang nganga lahh dengar,tak pun tadah telinga konon-konon paham apa yang dicakapkan walaupun tak paham sebenarnya.. (aku macam tu^^)

pahang - yeeaa. aku penduduk di pahang,buat masa ini :) ,tp aku bukan anak jati pahang.. heheh..tpai sudah bermastautin di sini lebih daripada 5 tahun :D (lari tajuk)
kalau cakap pasal pahang,aku ni tak pakar mana,tapi semua orang dekat sini sedia maklum,PAHANG adalah negeri yang terbesar di MALAYSIA.. kau tak bangga ke? aku duduk dekat negeri terbesar di Malaysia..tapi,Pahang ni kebanyakan penghuninya adlaah kaum Cina,macma satu kelompok dekat sini tauu.. Aku cakap macma ni sebab dah buat bancian (cewahh,bancian) dekat seluruh kawasan Pahang yang aku dah pergi.. Raub,Bentong,Pekan,Kuantan(tempat tinggal),dan segala tempat yang aku pergi kerana bola tampar.. HAHA,tpai memang ramai Chinese di situ.. dan semua Chinese bangun awal pagi gilarrr!! pukul 5 pagi dah bangun,bukak kedai jual sayur,rajin betul. Kenapa orang melayu tak macam ni kan? XD
okay,lorat pahang ni mudah je..tak susah mana,kadang-kadang ada kelantan and kadang-kadang ada terengganu. koi =aku .. haa.. koi ni orang pahang
senang cerita,bacalah post-post aku yang lama-lama banyak aku cakap style pahang. maklumlah dah duduk pahang :D

kedah & perlis - dua negeri ni pun kongsi satu lorat yang sama,lebih kurang je..
"awat hang jadi lagu ni?"
"ang nk makan pungkok ka?"
aku seronok dengar orang lorat macam ni especially nyah.. HAR HAR.. kau takkan faham rasa seronok tu,aku dengar khalil,kuang wei and paihh berlorat kedah aku rasa macma happening je.. HAHA.. 

korang tahu tak seronok mempunyai kawan yang ramai dari seluruh and serata negeri and dunia? aku ada macam-macma kawan dari seluruh dunia,benda ni semua menambahkan ilmu pengetahuan dalam bahasa,aku boleh tingkatkan penggunaan bahasa inggeris aku,and bahasa itali (tengah belajar) dan macam-macma lagi. korang patut mula dari sekarang,siapa thau dapat membantu korang satu hari nanti? and boleh korang ajar kawan-kawan korang yang lain nak belajar semua bahasa tu.. tak seronok ke?
and,satu kelebihan yang ada dalam diri aku,aku mduah mesra dengan sesiapa saja,tak kiralah jantina apa ke apa kan.aku suka bercakap and aku tak pernah miss or hilang topik.. aku suka.. :D

kalau lorat KL.. HAHA..biasalah,kalau tak ala-ala mat saleh celup gitu .. XD .. aku belajar dari Nadia Nathalia :D .. 
"ohyeah,sometimes i tak kesah sangat pun"
HAHA..dyaa,jangan marah okay,tak cantik dah muka u macam tu :D

satu lorat yang aku masih pakai sampai sekarang of course lahh,aku punya negeri ,JOHOR XD
i love johor so much.. johor barulah aku boleh dipanggil anak jati XD
mak ayah orang muar,aku lahir dekat muar ,johor.. anak jati muar nie wehh XD .. HAHA
anyway, johor ni famous dengan jawa..korang tau apa itu jawa? aku ni jawa murtad. KAH3! bahasa jawa kau tau sikit je,tak banyak,tu pun acik aku banyak chat aku dekat fb guna bahasa jawa,aku pun nganga jela kan..nak buat apa lagi kan..
tiruk - tidur .
selalu acik aku cakap laa..
nuk s***** *** tiruk? 
yang bintang-bintang tu aku tak ingat apa sebutannya tpai maksudnya mak dah tidur ke? HAHA
na,si jowonya ngmbel basanya,joko dilupa gala
hamek kauu.. HAHA
johor ni ada satu tabiat yang memang tak pernah jauh la..iaitu ekk?
contohnya ;
*eh,anak pak samad tu bunting dah ekk?
*dah makan ekk?
*kau kelas mana ekk?
tak sah kalau tak ada ekk tu,something macam style jugaklah sebab ekk tu memang tak pernah hilang atau tinggal bila ada pertanyaan,seolah-olah menggantikan kah. Tapi,kalau nak tahu,johor ni kasar lagi sebenarnya,lebih kasar bahasa daripada kelantan atau terengganu.. kelantan dan terengganu ni bahasanya boleh tahan lembut lagi sebab ambo tu hamba , kawe tu aku.. nampak kasar sebab bila sebut kan jadi pekat tapi kalau cakap pasal JOHOR,johor ni sememangnya kasar sekasar penduduknya. Kau cakap dengan orang tua ke,sama level ke apa ke.. mesti bahasa AKU dan KAU ,tak guna saya awak. Kau tak percaya?
aku dengan mak aku guna 'kau aku',dengan bapak aku..
ye ekk? tak caye ekk?
HAHA.. ada aku kisah? tapi,sememangnya johor ni bahasa dia kasar banyak,bukan sikit,macma satu penggunaan ayat atau kata yang tak ada respek dekat orang lain.. orang lain cakap baik-baik,dia akan balas macam satu nada tinggi,bukan menjerit tapi dah memang gayanya kasar gitu. Jadi,kalau nak cari jodoh orang johor perkara pertama yang mesti diperkuatkan adalah telinga,jadikan ianya sebesar dan setebal kuali.. HAHA.. 

kalau nak cerita banyak-banyak pun penat,sekian nanti kita sambung lagi di post yang lain okay :) ..sekian..

hati lega dahh

Assalamualaikum :)

AQILAH IN DA HAUZZZ!

hey all,that is my new tagline.
HAR HAR.. aku suka aku suka
thanks kak long for giving me this idea to have this kind of tagline


ehee.. rasa happy dah kot sekarang? HEHE.. urmm.. dah terubat sikit kekecewaan ini tak dapat ikut jiji pergi kelantan.. even tak dapat ikut pergi sana , aku rasa macam aku ada dekat sana sebab nadia,khalil and paihh bercerita dekat aku macam-macam.. :D
wait up.. siapa khalil? 
haha.. lupa aku nak story,khalil is one of my new friend from kedah,also volleyball player. dia kata nak kenal dengan aku .. nampak aku masa aku kerja dekat game MAVA u16 haritu.. entah benar atau tak who knows? HAHA.. thanks paih kerana bercerita dan bergelak ketawa dengan saya okay. khalil? memang suka call aku,nak kata beliau kaya ,tak kot.. biasalah kot.. tak kisah lahh. kalau dia call satu benda yang selalu dia tanya dan berulang-ulang tanya.. "QILA TENGAH BUAT APA?"
kalau dia dah tak tahu nak kata apa itulah yang dia tanya,tengah buat apa,tengah buat apa.. berapa kali aku jawab,banyak lagi dia tanya. cik abang ni,kalau dah tak ada topik sangat nak cerita,letak jela fon anda,tak perlu membazir kredit.. HAR HAR..
kalau dia text aku pun macam tu jugak.. mesti ada perkataan 'urmm..' 'oh' 'umm'
aku rasa macam nak campak telefon aku jauh-jauh bila baca dan bukak text daripada dia tuh.. sabau jelah nyahh --' ..tadi,dia pun call aku,masa tu ontheway nak pergi test court,cakap dengan paihh pulak lepas tu.. HAHA.. macam tak percaya pulak aku ..semacam menakutkan kot suara paihh.. haha.. (kalau dia baca,mati aku) suara dia tak secomel muka dia. HAHA :P .. hummm.. anyway,kuang wei pulak macam jauhkan diri dpd aku. apahal entah.. text dengan aku pun nak tak nak.. apa masalah dia aku pun tak tahu,bila aku tegur,aku tanya cakap tak ada apa,tak ada apa.. hisshh.. geram nyahh geram~ kalau aku dapat ikut jijie pergi kelantan,and dapat tengok game tu,aku jumpa kuang wei,aku sepak muka dia laju-laju.. dia jugak yang nak bagi nombor telefon aku,lepas tu dia pulak tak nak layan aku.. memang budak itik ni tauu.. tak apa~ tak apa~

and,you know what,dyaa call aku semalam..hikss.. suara dia sangat matang dan i feel so honoured sebab dia call aku,haha..macam puteri raja pulak yang tepon aku.. tapi,player volleyball tahu,kau bagitahu aku kau ada? kau ada? tak ada kan~ :P,kalau nk banding suara aku dengan dia,suara aku macam budak-budak! T-T .. so sad,aku sudah 17 years old,tapi suara masih tidak besar-besar.. apa nak jadi.. sebab tu,aku buat suara kasar-kasar bila cakap dengan orang,nak tunjuk aku ni sebenarnya ganas.. grrrr... hahaha.. whatever mung,natang~
kadang-kadang aku geram gak dengan suara aku sendiri,ayu anak cik khir pun cakap suara aku kecik je,tak besar.. macam siyot.. punyalah aku berusaha kuat untuk mengganaskan suara aku,tapi dia mengatakan suara aku kecik. tak mengapalah,apa mampu ku lakukan? hikss..
yeay!
aku seronok sebab ic aku dah siap and dah ambik,tp aku rasa muka aku macam hodoh? miahahah..mencik tauu.. ini semua abang tu punya pasal,aku nak melawa sikit dekat camera tu tak boleh,terasa macam lubang-lubang hidung aku ditayangkan keseluruhannya apabila dia suruh aku dongak sikit kepala,nak share aku malu.. Ahaakss.. nanti,kena bahan~ mencik! mencik nyahh! 
huuhihihaha..
okaylah,i wish goodluck to all mssm players okay :) 
buat yang terbaik untuk negeri masing-masing,semoga johan terengganu! go ipin go! HAHA ... :P 
kbai.

hari seterusnya....

Assalamualaikum :'(

ini adalah hari yang seterusnya tidak lagi gembira.. masih lagi terasa sedihnya.. masih tak boleh terima hakikat aku tak boleh ikut pergi kelantan...bukan tak boleh,tpai tak dapat kerana sekarang berada di kampung yang penuh dengan kebosanan... tengok astro,cerita yang sama berulang-ulang rasa macam segala perbuatan aku dekat kampung ni di rewind and fast forward kan~ u know? this is really kind of A HEAVY and LOT OF DISSAPOINTED time for me this year..
well jiji,i didn't meant to make you feel guilty,just,sometimes i can't accept it..
why and why..
urgghhh!
dalam banyak-banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku,ini yang paling mengecewakan kot? kalau nak dibandingkan dengan kena tinggal dengan pakwe ke ,ptus cinta ke apa,ini yang paling kecewa dan terasa amat sakitnya...kau tahu apa tu pasir berdengung? yeahh..itulah perasaan aku ketika ini,dan mungkin bergelodak-gelodak jiwaku saat ini.. 
aku selalu terbayang,jiji tengah happy kat kelantan sekarang...
hmmm

wait! wait!
kenapa aku kena jadi macam ni?
jiji tak sengaja pun,and semua ni takdir ALLAH,kita memang boleh rancang macam-macam,tapi ALLAH dah tetapkan begini perjalanannya. jadi aku harus redha..
tiba-tiba rasa macam sakit perut.. HAR HAR..
nak terberak barangkali..pedulik laa..

hari seterusnya berjalan dan aku terus sendirian~ T-T ...
JIJIE.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................
huuummm,aku masih sedih ni.. tapi,nak buat macam mana kan.. kau pun tak boleh buat apa,takkan nak suruh mak kau amik aku dekat johor ni,macam tak ada kerja lain pulak nak buat..
eishh..tension aku duduk dekat rumah lepas ni,a
^kena bebel (memang confirm)
^jadi batu (takda apa pun boleh buat dekat rumah,no class,no trip NOTHING!)
^jadi babu kakak aku (queen controllers)

blablablablabla...
kbai

*nangis banyak2*

APA NAK KATA

Assalamualaikum :(

harini post tak mahu happy dah .. sangat sedih,tu jela.. tak dapat ikut jijie pergi mssm kat kelantan!! T-T .. memang sedih siyot.. tak tahu nak kata apa,sedih jela.. punyalah aku teringin,tp tak dapat jugak,nak buat macam mana kan. tak ada jodoh dan rezeki aku nak tengok game tuu...
sabar jela.. 
ceritanya macam ni lahh kan.. memula tu jijie kata dia tak jadi ekot mama dia pergi kelantan sebab yerla,budak nak SPM lahh katakan.. nak dijadikan cerita,setelah terjadinya cerita tetibe dia dapat ikut.. dan apa yang paling aku tak boleh nak blah dari depan skrin ni aku dah sampai kampung baru dia call!!!!! kenapa tak masa dia pujuk mak dia tu? kenapa? kenapa????? setelah dia berjaya kenapa tidak ketika itu?? ohh mann... ini benar-benar menguji kesabaran bontot aku lahh weyy.. aku tak boleh nak blah lagi ni...
then,aku tak boleh nak tahannya aku pergilah mintak telfon bapak aku lahh kan..
yela,aku ni pakai prepaid bapak aku pakai line,bestlah sikit aku nak bergayut-gayut dengan line bapak aku tu dengan suka hatinya dan gembiranya kann.. jimat prepaid aku,tak gitu?? miahahaha
aku call

" JIJIE!!!! nape kau tak bagitahu aku awal-awal??"
"ehh,aku dah bagitahu kau apa,aku try call kau maghrib tadi,aku hantar dekat wall kau lagi"
"maghrib apa pukul 8.45 kau call,aku cepuk kang,aku dah sampai kampung dah ni ! awal-awal tak nak cakap" *nangis*
"aku dah bagitahu da..macam ni.. blablablablablaaa~"

kesudahannya memang masa tu tak dapat diundur dah.. apa aku nak kata kan..berserah pada yang Esa..
bak kata JAMBU
APA PUN TAK BOLEH

memang tak boleh dah... 
aku kecewa benar.. sangat kecewa.
baru aku berangan nak jumpa pin dekat sana kan.. uhuhukk
jumpa dyaa..kuang wei.. and blablabla.. the most important thing is aku nak jugak merasa camne suasana game MSSM tu... 
tidak ! tidak! tidak !
kini semua hanya tinggal impian~

dan

sejarah hidup


tunggulah SUKMA dekat PAHANG nanti..............................................
sekali lagi aku jadi si pengutip bola... dan babu dalam acara kat sana... (berbayarlah)

buhbye... kalau boleh biarlah farid tu main nanti masa kat sana.. kan~

cuti ni.. aku jadilah si batu dalam rumahhh~


sekian..kekecewaan aku berakhir di sini~
sampai kesekian untuk kesekiannya kesekian kali~

kian jauh,kian hilang
kasih antara kita
*lagu mawi*

muahahahah!!

kecewa bongok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HELLLO !

Assalamualaikum :)



hehe..putih bersih je kan blog aku,kemain sesuci hati aku ketika ini. KAH3! wehh..kau suka tak? suka tak? hehehe... biarkan putih dan buat korang sakit mata ,memang aku saja je..
hey guys,sedar tak school holiday is begin!
nak masuk bulan jun dah rupanya ..tak lama lagi bulan 11 aku nak SIJIL PANGGILAN MAUT
surely,banyak perancangan korang cuti ni kan? ada yang nak pergi sana sini,aku tengok dekat facebook pun orang ramai pakat-pakat tulis status gembira nak cuti,
minggu cuti ni mesti banyak kerja kahwin termasuklah adik bapak sedara aku yang akan kahwin ahad ni.
Well,a bit of dissapointed sebab aku tak dapat ikut pergi tengok game MSSM di Kelantan,baru plan nak.. hmm..but thats okay,dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan JIJIE ? :)
Cuti ni aku tak ada pergi mana-mana pun,packing barang-barang ready nak blah dari pahang jela.. HAHA.. lepas aku SPM aku akan berangkat ke Singapura punya jiran iaitu Johor.. balik kampung bercucuk tanam pulak lepas ni.. HEHE
aku pun tak kemana sangat cuti ni,so study kot? siapkan kerja kursus and kerja sekolah yang bertimbun macam sampah sarap dah.Letih tengok buku-buku ni. Kalau macam ni sengsara SPM,suruh ambil dua kali SPM dengan bayaran RM60k pun aku tak sanggup.Jangan kau harap.
firstly,ICT and hafal syarahan BM,tak buat oral lagi.. HEHE.. cikgu kata taknak layan apa-apa dah lepas bukak sekolah nanti,tapi apa aku peduli??? :P aku buat jugak,denda ke merajuk ke apa ke,tak kisah aku nak jugak..
EXAM?
no way,terasa nak tanam muka wa dalam jamban wa cakap lu,sakit hati jugak fikir pasal exam aku dah buat minggu lepas. 3 minggu periksa,beg tak berat rasa ringan je dunia ni,aku rasa bahagia dengan keringanan beg tersebut tapi kaki dan tangan rasa berat nak menjawab kertas periksa tu.. ALAHAII...

entah kenapa aku macam takut pulak sekarang ni,nak dekat SPM makin aku jadi berdebar.. korang tak rasa ke? hmm..macam mana nak jawab,boleh ke aku dapat straight A nanti? huuuu...T-T
risau pulak,macam mana aku nak banggakan mak ayah aku nanti
kalau result aku teruk macam mana nak terus study?
Ya ALLAH,janganlah jadi macam tu.. taknak mintak selisih~
SPM tunggu aku datang berperang! 
aku akan buat habis-habisan
AYUH kawan-kawna kita study sampai mati cuti ni.. HIHI

Then,macam-macma jugak aku plan sepanjang cuti ni,walaupun cuti tak pergi kemana,tapi mak aku cakap nak balik kampung,sekejap je 2 hari 1 malam..  then balik semula Pahang,banyak benda nak kene buat. Thats the end.
Cuti ni,and naik sekolah nanti and until forever i'm gonna change me :)
so,what you think? HAHA..
anyway,still thanks to my sister.

Well,cuti dua minggu ni kita kena manfaatkan cuti ni sebaik mungkin,and especially untuk aku lahh..sebaik mungkin kita manfaatkan cuti ni..
CUti ni aku nak jadi HANA TAJIMA.. HAR HAR...
kau tengok nanti,aku buat.. percubaan pertama dapat sambutan yang menggalakkan dari member aku.. ramai yang LIKE.. ahaha.. perasa pulak aku kejap.. tak kisahlah kan..yang penting aku buat sebaik mungkin..
please do support me okeh frens :) 


tq very much.. love yahh
and selamat bercuti untuk semua!

AKU MARAH NI -______-

bang sana ngang sini.. aku sakit hati betul! marah ni marah!
sana sini orang duk cita pasal kes simbah asid. huh! marah betul aku ni

kau kenal muka ini? jika kenal,sila hubungi 999 . mudah cepat pantas laju dan bebas
dulu orang kecoh kes rogol. siapa selalu buat onar rogol-rogol ni? lelaki~ bukan aku nak kutuk lelaki.. kalau lelaki kutuk perempuan ,perempuan kutuk lelaki. sampai bila pun tak habis. wahai kaum adam dan hawa sekalian,berhenti kutuk sesama sendiri kerana korang ni saling memerlukan,sedangkan adam memerlukan hawa dan hawa memerlukan adam. esok dan lusa kahwin jugak. drop it enough .


wanita kata ;
  • lelaki memang tak guna pantang tengok perempuan,kilang hormon diorang tu pun mula lah aktif
  • kau jangan percaya sangat lelaki sekarang ni,diorang tu lidah bercabang sepuluh
  • lelaki memang pentingkan diri,ingat diorang tu bagus sangat ke?
  • lelaki memang tak bertanggungjawab,segala benda nak letak atas bahu perempuan, baik diorang jadi perempuan . (eeeuuwww! tak berdikari)
dan bermacam-macam lagi lelaki ni ...
buat penat je,anuar zain nyanyi lagu
lelaki ini yang selalu mencintaimu~
selalu~
tanpa ragu~

pada siapa dia nak tuju lagu ni? takkan pada laki kot,dia pun laki,ingat dia gay apa? tuju kat kaum hawa laa... tpai,kalau kaum hawa duk kutuk-kutuk depa lagu ni.. aku rasa elok anuar zain tukar liriknya

lelaki ini yang selalu membencimu~
selalu~
ingin terajangmu~

baru nampak kelakian pada kaum wanita barangkali?


lelaki kata ;
  • dah cik akak,yang kau pakai seksi-seksi seksa mata abang tengok buat apa,dah tambah dosa kami satu hal
  • eh,macam mana lidah ada sepuluh cabang? 
  • kalau lelaki tak bagus,kenapa perempuan bergantung harap pada lelaki? oopss..bukan pentingkan diri,tapi jaga hati kami sendiri kak oi
  • mana tahu lelaki tak bertanggungjawab,kalau lelaki tak bertanggungjawab,tak ke wanita-wanita ni lahir ke dunia? bertanggungjawab lah tu meng'ada'kan wanita ni.
dan bermacam-macam lagi katanya


kesimpulannya kalau nak dimudahkan,nak selamat dunia akhirat

perempuan : esok keluar rumah,kau pakai purdah,pakai jubah tutup semua
lelaki : kau butakan mata,senang tak ada dosa kau tengok

nak lagi senang. dua-dua jantina butakan mata,pekakkan telinga,bisukan mulut. sonang.. apa pun tak boleh - bak kata jambu

berbalik pada kes simbah asid ni,kes ni sekarang popular dekat KL and SHAH ALAM
seperti yang kita tahu dah ramai yang kena. and effectnya pada orang-orang kampung aku dekat KUANTAN ni. especially,anak-anak gadis yang bergetah dan manis,
"eeee..takutnya nak keluar rumah,nanti ada orang simbah asid!" 

· Dislike
 *tekan-tekan nak like atau dislike.facebook dah maju tahu

ahaha..mereka tak akan bagitahu aku tapi mereka bagitahu facebook.. huih,kuat penangan si penyimbah asid ni ekk.. sampai orang dekat kuantan ni yang takut ,jauh beno dari shah alam dan kl tu dengan kuantan ni.. kot ya pun kuat benarlah kudrat si penyimbah asid ni nak tunggang motor dia sampai ke sini,melainkan keobsesan beliau pada asid dan penyimbahan asid ke manusia ni adalah tersangat obsesnya ,itu lain lah..
kalau benar si penyimbah asid ni obses dengan asid,semua orang dekat KL dan SHAH ALAM tu tak menghuni di rumah ,tapi di hospital. 
tapi untuk penyimbah asid yang macam ni kita kategorikan dia sebagai pesakit mental yang kritikal,kerana dia tidak dapat menggunakan kelebihan dia menyimbah asid kepada manusia dengan tepat tu dengan memanah jarak dekat ke (ada ke?) ,game dart ke,apa ke yang bab-bab balingan ni..
dah nama pesakit mental,memang dah mental pun,nak kata apa? pergi bunuh dia? tambah dosa sendiri.. tapi ,aku tetap nak marah melampiaskan nafsu kemarahan terhadap si penyimbah asid

wahai penyimbah asid


  1. aku tahu muka kau macam tapir lepas beranak,jangan nak jeles sangat dengan kulit dan wajah orang lain yang tak semenggerutu engkau.. jijik!
  2. aku tahu kau tak sehensem dan secantik brad pitt dan angelina jolie dan aku! nurul aqilah,kenapa kau kena simbah asid dekat mereka yang kacak jelita? .. aku tahu kau hodoh
  3. kenapa kegilaan kau terhadap asid? kenapa tak pada nyahh-nyahh belakang celcom kuantan? ..jangan simbah asid dekat nyahh aku!
  4. aku tak faham kenapa kau sakit hati sangat dengan orang yang tak ada kena mengena yang kau tak kenal dan tak ada pertalian sperma dan ovum pun dengan kau sampai kau kena simbah asid dekat diorang... kau ada masalah putus cinta ke? atau cinta ditolak oleh orang-orang cute? lelaki ke perempuan? kalau laki kau ni gay ke? kenapa? kenapa?
  5. kau excited tengok asid ke? masa sekolah menengah dulu,kau tak sempat belajar pasal asid ke dalam subjek kimia,tu yang kau test-test simbah asid dekat orang tu kan?.. entah kau ni belajar kat sekolah ke belajar kat tandas
  6. aku tetanya kenapa kau tak simbah asid tu dekat muka kau? .. baru betul eksperimen
  7. aku faham kalau kau teruja nak buat orang lain mukanya,badannya sehuduh dan sejijik kau,tapi tolonglah ingat dosa kau tu...kalau kau ni orang Islam,eh tapi agama lain pun ada dosa pahala lahh!
  8. tidak kau tahu betapa susahnya orang yang terkena asid tu?hidupnya,masa depannya gelap gelita,aku cabar kau simbah asid dekat family kau sendiri,sanggup tak? ..baru tau rasa kan
  9. aku benci tengok kau famous tak tentu pasal sebab kau simbah asid.sedangkan artis bersusah payah nak up masuk program itu ini nak famous,kau boleh famous dengan hanya simbah asid? ...aku nak simbah kopi pulak lepas ni,kot-kot famous jugak nanti masuk tv (ahakss)
  10. tahu tak aku dah bosan nak cerita pasal kau dekat blog aku ni? rasa berasid je hati aku,ingat kau handsome ke?penting sangat ke????..nyampah nyahh



aku tak tahu nak cakap apa dah,yang aku tahu dan kau tahu dan semua orang tahu betapa kau dimenyampahi oleh aku dan seluruh masyarakat,udohle nyusohakan hidup orang,macam orang lain dan pemberita-pemberita tak ada kerja nak buat selain menulis dan mengutuk perihal kau hari-hari dekat mulut dekat suratkhabar.. 
aku pun nak jugak orang cerita pasal aku dekat mana-mana,cerita yang hot-hot la.. macam album percubaan pertama aku .. AHAKSSS.. rasa macam aucchh..tersentuh mak ni.. 
tak sangka orang akan like album tu.. hahaha..thanks-thanks.. aku tak hot tapi disebabkan orang lain like dengan banyak dan bangganya aku rasa hot. 
mesti korang rasa aku poyo-poyo dengan sejumlah like yang hanya berapa puluh tu je..eh suka hati aku lahh... sekurang-kurangnya orang suka bukan benci,aku tak paksa mereka like pun.. terima kasih,aku sayang korang.. HAR HAR.
sebelum aku melalut..kbai~

tension tension tension setension tension tensionnya~

yes..yes..yes.. agak panjang tajuk post ini.. dan sudah sepastinya isi dan kukunya sepanjang bangunan KLCC.. apa pun aku kadang-kadang terpanas hati,tak berniat nak mengungkit tapi apakan daya aku insan biasa tak punya apa-apa..huhu.. eden torai... apa itu torai? ada sesiapa tak yang boleh fahamkan aku apa itu torai? --' ,sungguh kekonfiusan berlaku di sini..aku dok cakap menatang tu tapi tak tahu apa maksudnya.

HARI INI aku langsung tak tidur.. memang menyeronokkan,esok jadi panda dan hari ini sekolah ganti aku tak pergi sekolah.. HAHA.. sedap borak dengan kakak aku tengok episod SPONTAN.. kakak aku dah balik cuti,so,aku akan meraba dan meraba dia sepanjang hari.. HAR HAR.. kbai

tolong turunkan aku ke perenggan baru


WANTED : AHCAI CHOI
REWARD : RM 00.50
DO RETURN HER TO SOMEWHERE IN THE ZOO OR CALL 999 FOR CARELINE

argghh.. tension aku ,mana pendrive aku hilang jah! kerja-kerja aku untuk majalah fokus tak print-print lagi kau hilang kenapa!!!! tension segala tension.. nak je aku campak-campak komputer ni pergi jauh-jauh tak payah aku hadap lagi ulang kerja yang sama untuk siapkan semua itu.. peehh.. bengang habis.. aku dah naik gila cari pendrive tak jumpa,haritu hilang ni hilang lagi dan kemudian jumpa dan hilang lagi.. susah adik beradik dah ramai ni.. habis segala perkakasan yang tak sepatutnya dikongsi TERpaksa berkongsi... nak je aku pukul




tapi,dek kerana takutkan ayah aku pendamkan keinginan aku itu.. seksa sungguh seksa..

lepas satu,satu..lepas dua tiga.. dah tiga empat.. lepas tu? kau kiralah sendiri.. aku dah bengang ni..muka aku pun dah tak boleh nak tahan,ada sesiapa nak derma pipi untuk dilempang? seriously,
aku 
B to the A to the N to the GANG
Bengang..
kau paham?

lepas pendrive,aku tak ada duit..aku kering sekering keringnya badan aku.. dah tengah kering,otak pun kering..semuanya kering... nasiblah badan kering..semuanya jadi kering.. cuba bayangkan badan aku sebesar jiji dan una.. mungkin poketku tidak kering,dan segalanya tidak kering? oh darling.. its too hard bebeh

pejam celik,weh,dah nak habis mid term . cuba kau kira di countdown tu..semakin kurang nombornya..ditolak-tolak harinya.. kini 17... something..
something wrong with my mind and myself..
aku nak pergi ikut MSSM.. tapi,macam tak ada peluang je.. T-T .. hmm...kalau tak dpat ikut pun nak buat macam mana,redha je laa..
sebenarnya aku tension.. tension dengan seseorang.. malas nak fikir tapi selalu terfikir.. susahlah,kalau nak marah pun nanti orang kata aku ni seleng... apa aku nak buat.. tapi,biarlah .. biarkan nak buat apa pun.. aku nak tutup mata jadi orang buta~ lalalalala~
kbai.

miss you nyahh.

tak.tak.. aku tak perlu kisah

pinn..pinn...!
hoi! kau tak nampak aku punya post ni? tepi sikitlah,bagi laluan .. huh!

kalau rasa hot-ak kau.. pergi jauh-jauh dari blog aku sebab blog akupun hot jugak ni.. wa panas..wa panas~
lu brader.. kalau dah cakap sayang gua,sayang betul-betul lah brader.. wa panasaran tol.. aku tak boleh tunggu macam tunggul ni.. kang,aku tembak mati kang..
well,sebenarnya,bukan pasal benda ni aku nak membebel sebenarnya.. aku nak cakap pasal kisah si kopi dan teh.. bagaimana dan dari mana datangnya kopi?
kisah bermula dari seorang nenek yang menanam sejenis tumbuhan yang tak diberi nama dan sejenis tumbuhan yang tak tahu datang dari mana.. nenek ni sangat menjaga tumbuhan ini dan menjaganya seperti anak sendiri sehinggakan anak sendiri dibiarkan kelaparan~ walaupun begitu setelah 18 tolak 10  tahun menjaga tumbuhan itu,tumbuhan tersbut tidak juga membesar.. nenek itu mulai berasa bosan dan selamba badaknya melempang tumbuhan tersebut..
dia membebel dan membebel
"bosanlah aku dengan kau ni.. letih kau tahu letih tak ? nak je aku karate.."
'blinggg!'
tetibe nenek tersebut diborongi idea-idea untuk memberikan nama kepada tumbuhan tersebut
"memandangkan aku agak letih tunggu kau membesar tak besar-besar ,bontot aku pulak yang besar *takda kene mengene* .. maka akan ku panggil kau tumbuhan letih..pasai ceq letih tunggu hang dok besaq cam deghian tuhh"

nak dipendekkan cerita setelah nama diberi... keesokannya dengan takdir ALLAH pokok itu membesar tetibe dan mengeluarkan bau yang sangat harum...nenek pun gembira lahh menengoknya lalu dikhabarkan kepada orang-orang kampung untuk melihat tumbuhan letih tersebut.. ramailah orang bertanya nama tumbuhan itu.. 

"apa nama tumbuhan ni nek?"
"letih"
"apa nek?"
"letih"
"kenapa nenek letih? saya dok tanya nama tumbuhan awat nek tak habaq?"
"nama tumbuhan ni letih nok habaq lagu mana laie..hang ni.."
maka orang kampung tersebut nak dijadikan cerita macam pekak bin banganglah jugak mereka dok tanya-tanya lagi nenek tu..
"tumbuhan apa nek?"
"letih"
"apa nek?"
"letih..letih..letih..letih.. tih tih tih .. tih.."
dari situ orang kampung memanggil nenek tersebut nek teh ..dan dari situlah gelaran Pak teh muncul ..kerana nenek teh ni la.. Teh...teh..
maka,hasilnya teh~

dalam hidup ni memang ada sifat dengki mendengki.. kau jangan ingat manusia saja ada sifat camtuh,tumbuhan pun ada.. nak dijadikan cerita seterusnya lagi tumbuhan yang satu lagi ni..sebenarnya kurang mendapat kasih sayang secukup rasa dari nenek.. apabila dia melihat si tumbuhan yang diberi nama letih (kini teh) itu sudah membesar.. ada nama pulak lagi,si tumbuhan yang satu lagi ni pun cubalah nak naik juga.. bak kata orang omputih nak up.. haa...
dia pun mencuba nasib.. paksa punya paksa.. tak menjadi.. tapi badannya menjadi hitam pekat dan berbiji-biji..dia sungguh kecewa.. esok pagi nenek ni pun tengoklah keadaan tehnya yang disayangi.. alangkah terkejutnya nenek tengok tumbuhan yang satu lagi sudah rentung hitam.. tp,baunya seperti sedap dan macma boleh dimakan..
nenek tu bisinglah..
"ini satu lagi ,yang si teh dah up,kau ni pun nak up.. nak jadi apa? dahlah rentung macam ni ,apa pun tak boleh buat.. ko ni kan memang nak kena campak ke tepi...ko tepi!ko tepi!"
datanglah idea bijak bistari nenek ini..
ahahh! KOPI! aku tau kau memang suka copy.. memandangkan nenek ini agak well-educated ..dia tahulah maksud copy itu..salin,tiru..
"ishh..otak aku ni memang best..pandai!" puji nenek tersebut..

demikianlah..sehingga kini teh dan kopi sering bergaduh kerana teh kata kopi ni copy dia..wallahualam..

kisah ini,aku nak kaitkan sedikit lahh. dengan sikap tiru meniru antara satu sama lain
adik-adik,kakak dan bang hensem..
tak kisahlah siapa pun kau tiru kau ikut... termasuklah aku... asalkan benda tu baik di mata orang,tak kisah kau nak ikut..aku pun tak marah.. kau ambik se se entry aku..takpe,aku tak marah... walaupun sudah ku disable-right click.. kau masih rajin menyalin.. apo kono ekau ni dek.. hmm. takpelah,tak marah pun kau..
letaklah disable tekan kanan pun,kau masih boleh tekan CTRL+A CTRL+C ... nak lempang muka kau pun aku tak kenal siapa.. tapi,tak apalah dik..tak apalah..
tapi ,aku nak geram jugak pada pengguna-pengguna nyahh aku.. aku dah buat kajian,dah tengok sana sini.. mana ada siapa guna nyahh,aku lah yang first menggedik guna perkataan tu sebab aku ada nyahh,kau tak ada kenapa kau nak nyahh jugak.. nak fist aku tak? ciss...  
tapi..takpe.. copycaters of me shows that i am totally good to be ur 'IDOLA kecil' right?

haha.. tak apa..tak apa.. silakan.. nak marah pun tak guna..sampai bila pun tak habis.. ikutlah..ikutlah...

kbai. harus mengisi perut kerana sangat lapar faktornya adalah menjawab kertas-kertas tentang perkahwinan dalam agama islam.. phewww...kbai

SPM ITU MENCABAR

 Assalamualaikum

sebelum SPM kita akan bertemu dengan PERCUBAAN SPM

mintak nyawa ..mintak nyawa.. HAHA

sempena peperiksaan setengah tahun seluruh pahang ni,aku nak menceritakan kisah aku jawab kertas bahasa inggeris. mungkin dah lama lepas,tapi aku nak cerita jugak..

kerana subjek kekasih ini aku jadi terkesime dan tertumbang kerana balik je rumah aku menangis T_T
pertama kali dalam sejarah aku jawab kertas BI aku tak habis jawab,,

dahlah section A

,first section yang dah confirm-confirm teacher gorgeus akuh akan baca

meme terbaik dari ladang kerbauk wokk



kau tahu tak bagaimana perasaannya subjek yang kita target dan cintai sepenuh hati ,dirobekkan oleh diri kita sendiri.. well,umpamakan korang bercouple la.. kau keluar dating dengan seploh pakwe lah katakan,punya syok-syok dating pergi sana sini (layan sepluh pakwe lah katakan) tetibe semua pakwe kau berkawan satu kolej rupanya.. pakwe-pakwe kau tu pun semuanya sakit hati dengan perangai kau yang akhirnya dah pecah tembelang..memang tak ada kene mengene pun cerita ni dengan kertas periksa aku tapi aku tahulah yang aku pastilah kes ni ada kene mengene dengan perasaan kecewa dan sakit hati.. kan .. kan.. hohoho..

memang aku kecewa lah

itulah.. tak ke bengongnya aku ni ,pergi tidur masa jawab periksa sapa suh.. ceq tak suh ,ceq suh hang dok perabih jawab dulu pahtu hang nk buek peta ke ape,takdoknya orang nk hingak kat ang lagu tu..*start dah loghat kedahnya

memang padan dengan muka aku,kalau aku tak dapat A BI aku..memang balik rumah aku tampar muka aku sendiri depan cermin sebanyak 44 kali.. dan kemudian ..seperti kata PUAN SITI NURLIDA di dalam FB.. rebus kertas aku tu buat minum.. tak pepasal je beliau mengaitkan banyak main volleyball.. T-T .. aku dah lama tak main menatang ball tuhh.. study je tau.. okay,aku tipu tak study mana pun,study gitu-gitu jelah kan.. sebab aku ni masih lagi malas.. dan kemalasan yang pasti aku memang malas nak study ..kdahcukup.

aku pun tak tahu nak kata apa..

dan untuk karangan BI tu , dalam section B aku jawab soalan nombor 2 kalau aku tak silap

soalan berbunyi

If i had a time machine

KAH3!!! cakap pasal tajuk ni,memang merapu-rapu aku jawab.. aku rasa teacher yang tanda kertas aku pun mungkin rasa nak lempang-lempang muka aku kalau aku ada dekat depan dia masa tu.. memang confirm.. HAHA... nama dia ada dalam karangan tu,memanglah hot...tapi,aku tak tahulah dia tu suka atau perasaannya apa masa baca karangan aku..tp,yang aku tahu aku ingat balik setiap perkataan yang aku tulis dekat atas kertas jawapan tu,aku rasa nak terjun bangunan je..

pecah segala kemaluan dan kerahsiaan penjagaan aku selama ni.. confirm

nanti,dah dapat kertas tu,aku nak letak dalam blog.. bagi korang baca.. HAHA.. bangang bin bengong aku ni.. aku takkan letak dalam fb,orang dalam blog.. tunggulah karangan BI aku tu.. HAHA..

sedih nyahh.. teacher kata,aku mesti dapat a- sebab dia dah tanda kertas aku tu.. haih..

aku nak a+ bukan - ...

main-main banyak aku ni..bila nak serius pun tak tahu..

tengok dekat countdown tu aku rasa macam makin kurang je nombor dekat situ.. bukan sepatut makin bertambah ke? HAHA..

Insya-ALLAH bulan 9 atau 10 ada trial.. YA ALLAH..

kau bantulah aku.. semakin dekat nak periksa,makin malas aku ni..

tak serius dan tak takut.. aku rasa masa aku nak PMR dulu lagi takut daripada SPM ni.. entah-entah result aku nanti 10 straight tak? hehe.. amin~ doakan~ doakan

sapo tak doa den dapek 10 a tegak ke jalan yang lurus aku tampar muka kau setampar-tamparnya.. HAR HAR ..

seriously,SPM ni buat semua cikgu aku jadi tua dari yang muda.. yang rajin makeup kurang makeup yang selalu senyum kedekut nak senyum .. seriau je aku datang sekolah.. asal sampai depan pintu pagar sekolah tetibe aku rasa macam awan mendung ikut aku.. (macam katun)

takut tak sudah.. kerja kursus ICT aku tak siap lagi! mana buku programming aku !!!!!!!! aku dah semangat ni.. jangan lunturkan semangat aku.. What the hellssssssosss sesape yang merembat buku itu.. kau jangan lulus pekse BM..aku sumpah ,tak guna betul..

aku dah bengang ni..

sabau jela nyahh..

kemon qila.. kemon.. kita harus kuat..

ahcai harus kuat.. yeah! yeah!

walaupun begitu.. kadangkala bila tengok semua buku rujukan ini semua.. rasa macam terhempap dengan batu berkilogram kan 900 .. urhhh..

macam nak pergi terjun longkang pun ada jugak.. 
elehh..kalau ada sesetengah orang baca blog aku ni memang akan kata
"ishh..poyonya budak ni ,semua orang SPM jugak,tak kecoh macam kau"
maka,sekiranya aku jumpa orang macam ini ,aku tak akan cakap apa-apa dekat kau. just kutuk kau dalam hati sambil memberikan senyuman paling manis bak miss unibes in the world
"kau susah apa aku nak tulis apa,ada aku mintak apa-apa suh kau bagi aku idea untuk tulis apa-apa? mental punya orang" 
kbai.

pasal nak SPM ni,tiba-tiba tu kan aku macam macam tak nampak telefon bimbit di laluan ku menuju ke jalan yang benar.. kenapa ehh? 
kak long! kau bangga tak ada adik macam aku? HAHA
seronok betul,tapi tapi kadang-kadang tu kalau lepak-lepak dengan una tu,aku tengok dia rajin betul menaip sana sini..beriya.. aku pegang fon ,tak ada buat apa pun.. tengok jela wallpaper gambar aku yang macam wanita melayu terakhir tu.. HAR HAR .. jangan jeles la.. orang ada pakwe,kita ni tak ada.. HARHAR.. *ayat mintak penampar siyot...

i hope i can play the guitar like her ^^

Assalamualaikum 
kbai.. HAHA.. hey,jangan berhenti baca blog aku.. HAHA..


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

this is for my love.. aishiteru...
i really miss you.. love you so much..  thanks for take care of me and love me ..from the day until now..:-* muacckkss! 

RESIPI CUPCAKE PERMINTAAN AKU #2

jadi nurul aqilah memang tak puas.ada je aku tak puas hati,semua kau nak kebas kan? semua kau nak perfect. huh

Assalamualaikum :)
haih..aku ni,suka sangat buat permintaan ..sebelum ni mintak boypren yang kaya,handsome,tinggi..aihh..lupo eih nak tambah ni.. nak mintak boypren yang pandai main gitar boleh tak? hehe.. dah pandai main gitar tu ,dah confirm-confirm kene pandai menyanyi ye tak? tapi,kalau kau jodohku tak pandai menyanyi,tak apa..biar aku yang nyanyi..kau tinggal request lagu,biar aku nyanyi.. HAHA.

Lepas tu,aku nak aku ni biar pandai memasak,jadi wanita melayu terakhir gitu..Eceh.. :D.. aku nak belajar buat cupcake pulak lepas ni sebab kakak aku buat cupcake..tak acilah kalau dia sorang je kan? aku nak jugak camtu...XD ..kakak den koba dia nak buat cupcake DOMOKUN..perempuan tu memang saja nak cari pasal dengan aku,apa aku boleh buat,aku pun nak jugak belajar buat cupcake..yang comel-comel macam domokun.. heee... nanti,boleh bagi dekat pakwe baru.. HAHA.. search punya search..google punya google..aku jumpa satu cupcake yang macam cute je aku nak buat.. hehe


act,untuk buat cupcake ni,korang tak perlukan banyak effort sangat..mudah je.. kalau nak lagi mudah,korang pergi je beli cupcake dah siap dekat secret recipe ataupun korang beli cupcake kosong,pastu korang hias segala macam yang korang suka dekat atas tu ^^
aku tengok cupcake ni cam sedap je..tetiba rasa mengidam macam orang mengandung.. HAHA
Resipi untuk buat icing cupcake atau kek.

 
Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )

1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)

1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)

Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.

2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.

3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.

 info from : cupcakes yummy!

nanti,aku rasa macam dah berjaya je buat,tunggu kakak balik lahh baru buat..hehe..nak buat sorang tak berani amik risiko sebab aku jarang masuk dapur.. HAHA.. kfine..
kak long,cepatlah balik,kita buat cupcake sesama makan sesama..aku bagi kat laki kau,kau bagi kat laki aku.. HAHA.. boleh?  :P 
kbai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...