Followers

lorat di MALAYSIA

Assalamualaikum :)

for sure,para pembaca blog ni semuanya mai dari macam-macam negeri bukan? kadang-kadang tu ada jugak yang tersesat dari luar negara dok tengok blog kita orang melayu.. haa.. ini nak habaq..
kita duduk satu malaysia,macam-macam kita kongsi dengan semua masyarakat. Sebenarnya kalau korang semua nak tahu,Malaysia ni adalah salah satu negara yang paling beruntung kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dekat dunia ni bukan? Kalau hidup tak jadi orang bersyukur,untuk apa kau hidup dekat dunia ni.. bawak-bawak lah bertaubat.
Malaysia,kalau nak kata,aku cukup bangga jadi rakyat Malaysia,macam-macam ada. Kau nak jumpa

♫ penyanyi .. ada
♫ penari...ada
♫ penghibur... ada
♫ pelawak ... ada
♫ pencopet...ada

pendek kata segalanya pe ada..
datang dari mana? dari MALAYSIA.. haa.. tak gitu?
kalau cerita pasal Malaysia,kita tengok orang mai dari segala macam tempat,Kelantan,Perlis,Kedah,Pahang,Terengganu,Johor,N9 dan segala macam negeri dan Wilayah
mari belajar bahasa dan lorat

kalau cerita pasal kelantan,ramai orang cakap lorat kelantan ni kaso.. ha..pasal penggunaan kata dia tu macam susah nak sebut,macam thailand pun ada jugak..

"kawe tok cakak laie,mu gi doh"
haa..aku pun tak pandai mana nak kecek-kecek kelantan ni.. Khalil pandai,kalau dia call aku,aku suruh dia cakap kelantan,dia cakap :D .. comel,sebab suara dia comel.. ahaksss...
Khalil kecek kelantan kat aku macam ni,masa ni tengah merapu-rapu duk cerita pasal makan budu... HAHA

"abe,nok teh o be so,letak budu dale cawe tu,adek nok make gitu..sedak gitu ..yea abe ye.."
aku punyalah gelak sakan dengar dia cakap,tak ada kerja nak makan budu dalam cawan,aku ni dahlah tak 
pandai makan budu,ada ke patut? merapu dah abe so tuu.. entah apa-apa aku layan jugak kerana aku memang suka orang cakap bahasa negeri dia,seronok dengar.. HAHA..macam gitu-gitu kan.. haha..
tapi kalau dia cakap kedah lagi aku tak paham..dua-dua loghat dia memang pekat,aku tak boleh blaa~
terbahak-bahak aku gelak dalam bilik ,tengah on fon tu,aku gelak macam apa,dia pun panggil-panggil nama aku surh aku berhenti gelak,lepas tu dia pun gelak sama.. haduii.. tak tahan dengan dia tu..
kalau dia cakap kedah
"qila dok buat apa tu? khalil nak habaq ni,kalo qila potpepotpet.."
ehh..satu haram aku tak dapat pickup,laju sangat.. bila aku cakap laju,dia pun tak dapat tangkap.. guane tu? tapi,dia paham kalau aku cakap tu,masuk lorat-lorat terengganu,kelantan sikit.. haa

anyway,kelantan,terengganu and pahang adalah satu negeri yang berkongsi lorat..cara lorat dia tu pun lebih kurang je..maksud dan penggunaan pun sama. Cuma yang membezakan loratnya adalah

terengganu - haa..terengganu ni macam pemes dengan penggunaan NG macam mung ,makang, and satu lagi lorat yang ala-ala pemes dalam terengganu ni adalah penggunaan AK macam cakap tu jadi cakak,dekat jadi dekak,pelat jadi pelak
kalau kita gunakan bahasa terengganu jadi gini
"mung ni,kawe doh cakak toseh buak,mung tu dege"
transalate
kau ni,aku dah cakap tak payah buat,kau tu degil
haa..kan semacam tu ? seronok ni.. HAHA

kalau kelantan pulak
-dorang ni pemes dengan penggunaan bahasa umm..aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi macma cair-cairlah sebutnya.. deme ni maksudnya kamu,mereka. macam tu lahh..
*tapi,sometimes ada jugak kelantan dengan terengganu pakai demo,deme . a bit confusing here lahh
and other words like kawe pun kelantan guna jugak but they didn't use mung but mu sebab macam aku kata,kelantan ni macam ada cair-cair sedikit bahasanya .. contohnya macam si khalil tu cakap dekat aku pasal budu tu la.. ha,macam tu.. tapi,kalau kita eja ayat dia macam mudah je kan nak cakap,tapi bila kita dengar kelantan pure punya kecek,peeh,memang nganga lahh dengar,tak pun tadah telinga konon-konon paham apa yang dicakapkan walaupun tak paham sebenarnya.. (aku macam tu^^)

pahang - yeeaa. aku penduduk di pahang,buat masa ini :) ,tp aku bukan anak jati pahang.. heheh..tpai sudah bermastautin di sini lebih daripada 5 tahun :D (lari tajuk)
kalau cakap pasal pahang,aku ni tak pakar mana,tapi semua orang dekat sini sedia maklum,PAHANG adalah negeri yang terbesar di MALAYSIA.. kau tak bangga ke? aku duduk dekat negeri terbesar di Malaysia..tapi,Pahang ni kebanyakan penghuninya adlaah kaum Cina,macma satu kelompok dekat sini tauu.. Aku cakap macma ni sebab dah buat bancian (cewahh,bancian) dekat seluruh kawasan Pahang yang aku dah pergi.. Raub,Bentong,Pekan,Kuantan(tempat tinggal),dan segala tempat yang aku pergi kerana bola tampar.. HAHA,tpai memang ramai Chinese di situ.. dan semua Chinese bangun awal pagi gilarrr!! pukul 5 pagi dah bangun,bukak kedai jual sayur,rajin betul. Kenapa orang melayu tak macam ni kan? XD
okay,lorat pahang ni mudah je..tak susah mana,kadang-kadang ada kelantan and kadang-kadang ada terengganu. koi =aku .. haa.. koi ni orang pahang
senang cerita,bacalah post-post aku yang lama-lama banyak aku cakap style pahang. maklumlah dah duduk pahang :D

kedah & perlis - dua negeri ni pun kongsi satu lorat yang sama,lebih kurang je..
"awat hang jadi lagu ni?"
"ang nk makan pungkok ka?"
aku seronok dengar orang lorat macam ni especially nyah.. HAR HAR.. kau takkan faham rasa seronok tu,aku dengar khalil,kuang wei and paihh berlorat kedah aku rasa macma happening je.. HAHA.. 

korang tahu tak seronok mempunyai kawan yang ramai dari seluruh and serata negeri and dunia? aku ada macam-macma kawan dari seluruh dunia,benda ni semua menambahkan ilmu pengetahuan dalam bahasa,aku boleh tingkatkan penggunaan bahasa inggeris aku,and bahasa itali (tengah belajar) dan macam-macma lagi. korang patut mula dari sekarang,siapa thau dapat membantu korang satu hari nanti? and boleh korang ajar kawan-kawan korang yang lain nak belajar semua bahasa tu.. tak seronok ke?
and,satu kelebihan yang ada dalam diri aku,aku mduah mesra dengan sesiapa saja,tak kiralah jantina apa ke apa kan.aku suka bercakap and aku tak pernah miss or hilang topik.. aku suka.. :D

kalau lorat KL.. HAHA..biasalah,kalau tak ala-ala mat saleh celup gitu .. XD .. aku belajar dari Nadia Nathalia :D .. 
"ohyeah,sometimes i tak kesah sangat pun"
HAHA..dyaa,jangan marah okay,tak cantik dah muka u macam tu :D

satu lorat yang aku masih pakai sampai sekarang of course lahh,aku punya negeri ,JOHOR XD
i love johor so much.. johor barulah aku boleh dipanggil anak jati XD
mak ayah orang muar,aku lahir dekat muar ,johor.. anak jati muar nie wehh XD .. HAHA
anyway, johor ni famous dengan jawa..korang tau apa itu jawa? aku ni jawa murtad. KAH3! bahasa jawa kau tau sikit je,tak banyak,tu pun acik aku banyak chat aku dekat fb guna bahasa jawa,aku pun nganga jela kan..nak buat apa lagi kan..
tiruk - tidur .
selalu acik aku cakap laa..
nuk s***** *** tiruk? 
yang bintang-bintang tu aku tak ingat apa sebutannya tpai maksudnya mak dah tidur ke? HAHA
na,si jowonya ngmbel basanya,joko dilupa gala
hamek kauu.. HAHA
johor ni ada satu tabiat yang memang tak pernah jauh la..iaitu ekk?
contohnya ;
*eh,anak pak samad tu bunting dah ekk?
*dah makan ekk?
*kau kelas mana ekk?
tak sah kalau tak ada ekk tu,something macam style jugaklah sebab ekk tu memang tak pernah hilang atau tinggal bila ada pertanyaan,seolah-olah menggantikan kah. Tapi,kalau nak tahu,johor ni kasar lagi sebenarnya,lebih kasar bahasa daripada kelantan atau terengganu.. kelantan dan terengganu ni bahasanya boleh tahan lembut lagi sebab ambo tu hamba , kawe tu aku.. nampak kasar sebab bila sebut kan jadi pekat tapi kalau cakap pasal JOHOR,johor ni sememangnya kasar sekasar penduduknya. Kau cakap dengan orang tua ke,sama level ke apa ke.. mesti bahasa AKU dan KAU ,tak guna saya awak. Kau tak percaya?
aku dengan mak aku guna 'kau aku',dengan bapak aku..
ye ekk? tak caye ekk?
HAHA.. ada aku kisah? tapi,sememangnya johor ni bahasa dia kasar banyak,bukan sikit,macma satu penggunaan ayat atau kata yang tak ada respek dekat orang lain.. orang lain cakap baik-baik,dia akan balas macam satu nada tinggi,bukan menjerit tapi dah memang gayanya kasar gitu. Jadi,kalau nak cari jodoh orang johor perkara pertama yang mesti diperkuatkan adalah telinga,jadikan ianya sebesar dan setebal kuali.. HAHA.. 

kalau nak cerita banyak-banyak pun penat,sekian nanti kita sambung lagi di post yang lain okay :) ..sekian..

0 komen romen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...