Followers

SAYA NAK JADI HANA TAJIMA !!

hello..hello. saya adalah the new hana tajima.. peace! 



 
mommy! saya mahu jadi macam hana tajima..pandai bergaya dan cantik..masih tutup aurat..
saya nak berubah sepenuhnya,seboleh mungkin saya nak elak daripada pakai lengan pendek..and ketat-ketat..semoga,niat saya terkabul.. saya dah kurang bercakap..yeah! seronoknya,tapi sorryla,kat blog memang tak boleh nak berhenti merapu..!sayang blog! kbai

 






















 
 
 
hello. I'm the new HANA TAJIMA.future hana tajima
 
 

saya mahu jadi seperti hana tajima..! jadi saya  akan berusaha! JIA YOU!
tambahan,saya mahu jodoh seperti maher zain.. dan juga lagu ini
FOR THE REST OF MY LIFE
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
i admire you MZ :)
 
 
 saya amat-amat menangis mendengar lagu ini..terima kasih kerana hargai saya..
kerana itu akuletak dekat blog..fine,aku jiwang.so what? jangan nak kecoh sangatla..kbai



 
okay..menatang ni,aku copy dari satu link saya harap awak tau saya still sayangkan awak 
 
ohkbai~ tak tahu kenapa,aku agak tertarik nak share dengan korang,satu post yang menariklah..syabas kepada penulis note ini..aku pasti anda sedang mengalaminya,kerana itu note itu terlahir dari hati yang suci dan sanubari yang sedang meruntun jiwa.

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


k.aku snagat tersentuh hati lahh weyy,very the touching..rasa macam nak nangis macam nak mampus..kbai..nak suruh kakak aku borong selendang bebanyak,supaya aku boleh pakai macam tu..kepada najlaa adila yang membaca post ini.. sila2 borong banyak2 kerana aku dah gila domo and hana tajima..weeewiitt 


dan mereka kata cinta itu buta,kerana cinta ia mampu membutakan segalanya,no trust love.. tapi,untuk pelajar sekolah macam kita ni,tak payahlah nak bercinta bagai nak rak sangat,sok lusa tak semestinya kita akan kekal dengan dia..mana tahu kau cintan cintun mati dengan mamat tu,alih2 kau kahwin dengan anak pak mat tempe ,tak pun jiran kau yang tak pernah kau tegur or tahu langsung dia ada anak lelaki sehandsome brad pitt.. siapa tahu? kita boleh rancang macam-macam tapi tuhan yang tentukan..
kadang-kadang cinta ni boleh ubah kita..orang yang bodoh jadi pandai,yang bangang jadi bijak,yang hodoh jadi cantik yang tak tahu apa-apa terus tahu semuanya,yang baik jadi jahat,yang nakal jadi baik,yang malas jadi rajin dan segala yang dan jadinye~
tapi,ak pelik,ibu dan ayah yang cinta kepada kita tak mampu buat kita jadi macam positif itu. aneh kan? sedih mak ayah ngandung 9 bulan 10 hari dalam perut,kita keluar dok tagih cinta dunia~
kalau esok lusa,aku beranak (ceh,jauh pikir) aku tak bagi anak aku lahir seperti aku..aku pijak2 perut dia sebelum jadi macam aku ni.. gila tak sedar diri mak ayah sayang aku lebih dari segalanya..cikgu2 susah payah bagi aku ilmu tapi,aku salah guna ilmu buat menda lain.. 
orang tua-tua kata,kalau kita buat mak ayah kita macam ni,sok lusa anak kita buat kita macam ni jugak.. karma is exist dan janji ALLAH untuk membalas itu ada.. jangan cecube nak lari la..mati kau
 so now.. mungkin aku taknak fikir kot..hargai jela apa yang ada depan mata.. apa yang diberikan.. taknak aku mintak bebanyak..takut tertonggeng kecewa.. walaupun keinginan nak boyfren macam aku mintak tu ada..tapi.. sabor jela~
sok lusa adalah~
study dulu sampai habis.. nak degree,nak PHD..cewahh..kentutlah aku ni kan..kan?
insya-ALLAH,mak aku sentiasa mendoakan kejayaan aku..so,sebab tu aku tak bukak fb time ni! HAHA..pasni ,dah lama sikit aku tak bukak..aku close teruslah accountnye..buat apa ade fb..sakit hati! kbai

sekarang ni exam month.. lepas tu cuti.. sepanjang exam ni,aku cuba study,bangun pagi! weewiitt.. kak long terkejut tak? terkejut tak? kah3! lepas habis exam aku nak ikut cikgu nor pergi kelantan,kalau boleh laa..aku nak tengok game MSSM kat sana.. nk jumpa kuang wei..mintak jersi.. HAHA.. k thanks WEI2.. 
bm dah lepas tadi,kbest aku tak cukup masa nak menulis..sakit hati aku ni! eisshhh.. masa betul2 mencemburui.. kbai.. esok BI.. aku nak buat betul2..aku taknak tengok teacher tension2 lagi.. bengang2 pun,aku sayang gak teacher tu.. kau apa tahu,..kbai

ILOVEYOU HANA TAJIMA!!!
 

0 komen romen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...