Assalamualaikum...
sesungguhnya,saya Nurul Aqilah jujur ingin mengaku... SAYA TAK PAHAM..
saya tak paham kenapa jadi macam ini? kenapa begini dan kenapa msti jadi macam ini..bukankah ia sepatutnya begitu dan bukan begini? ahhh~ tak faham sesungguhnya tak faham..
okay,sebenarnya taklah sangat menjurus kepada cerita di atas ..tajuknya tak faham sebab aku memang tak faham..someone asked me in text..no need to know who is the person,enough to say we were close before,but now,probably not cause the attitude of him makes me annoyed =='
okay,first..aku gelarkan dy SAM (bukan name sebenar)... aku rapat dengan dy dulu sbb dulu dy byk tolong aku , dan aku banyak tolong dy dengan masalah2 dy yg dy sndri selalu bikin.. tapi,sekarang dah kurang semenjak dy pindah sekolah (now form 5)
sekian lama dy tak pernah text aku dan ktowg lost contact cam tu je..suddenly,tengah hari tady dy msg.. masa tu aku tengah menjerit2 macam orang tak betul..marahkan membe2 ak yang taknak mesej aku bila aku dah topup,dah ada kredit,dah rajin pegang handphone~ .. =,,=
entahlah..itu yang aku malas tu..lebih baik aku tak payah pakai handphone kalau dowg asyik nak seksa batin aku macam ni.. huhuhu.. memang tak tercapai dek akalmu..
okay,back to the title.. dy tanya khbar aku,family aku dan segala macam..so ,aku pun dengan muka relax layan msg dy.. hntar byk2 kali.. (konon byk kedit)
suddenly, dy tanye aku
"kau dah jadi perempuan?"
aku tertanya dan TAK PAHAM apa yang cuba dy sampaikan.. dan aku pun dengan muka yang tak boleh blah dan tak boleh terima hakikatnya bertanya..
"apakah?"
dy senyap tak balas..aku tunggu punya tunggu.. sampai tertido.. bila aku bangun tengok jam dah nak pukul 5...
CIS..terlepas lagi cerita hindustan tv3.. hitrhik roshan lak tuh yang berlakon..memang aku nak marah..KUANTAN ni,sokmo kehabisan elektrik..blackout manjang.. kadang tu aku rasa nak bom je TNB,kasi senang..tak payah pakai elektrik...SAVE OUR WORLD! on lilin je tiap2 hari..bagi pakcik dan makcik kedai yang jual lilin tu kaya dapat beli baju lebih2 sehelai dua..dyowg upgrade kan kedai dowg lagi bagus dan grand ke sebb kalau aku masuk seteng kedai ni..alahai..macam tak rupa kedai.. bukan nak mengutuk..tetapi,sepatutnyasedar sendiri lahh kan? kebersihan tu kene lahh jaga even kedai kau dah tak ada orang nak masuk pun..dah nak bungkus sekali pun
*haa..mulalah aku lari dari tajuk cerita
okay..msg beliau agak panjang~ dihantar pada jam 3.56 p.m.. aku tak tahu kenapa lama sangat dy ambil masa dari jam 1.45 p.m untuk hantar mesej yang sepanjang surat cinta tu ==,
"kaw kan pangai x supe bikin,ganas sokmo..cube jdk puan ckit,de gok slere ak nk pinang ke mu ;D..hhehe..toksah marah err..ak ckp mnde btol ke kaw.. emm.. pahtu, tkyah er jual mhal ke laki yg nk kaw.. gitu,ak pndg sblh mate"
dalam haty aku lepas baca msg ni..aku senyum je..nak marah tak guna..aku akui lahh memang aku berperangai ganas..tapi,sekurang2nya tak lah aku nak jadi cam dajal buat dajal dekat mereka2 yang tak pernah jadi dajal.. okay,aku mengaku.. bukan aku tak pernah cuba jadi lembut,perangai molek2.. pendek kata,jadi gadis.. banyak kali..tapi,aku lebih selesa jadi diri aku yang sebenar.. di sini aku menegaskan
AKU SELESA DAN SENANG MENJADI DIRI AKU YANG SEBENAR
aku takperlukan orang untuk buat kerja untuk aku,aku tak perlu merayu untuk daptkan sesuatu.. aku buat dengan diri aku,cara aku dan daya aku.. itu sahaja yang buat aku selesa menjadi NURUL AQILAH dan aku bangga menjadi diri aku..sebab aku tak perlu terlalu bergantung kepada orang.. takkan aku nak mintak kat kau,merayu sembah lutut kau untuk faham diri aku macam ni.. kau tak suke aku tak apa,bukan aku kisah.. ada masa Insya-ALLAH , keizinan dari Allah aku akan jadi seperti gadis yang halus mulus macam korang harapkan aku jadi.. sekarang mungkin tak,hati aku belum terbuka..keras ..tapi,perempuan kan..keras-keras kerak nasi.. jadi,samada korang terima atau tak,aku akan jadi sepertimana diri aku sekarang sehingga aku yakin boleh ubah diri aku..
dan apa yang aku balas ke SAM..
"kau ambil masa hampir 3 ke 4 jam untuk bagi aku surt cinta sepanjang 15 cm ni? HAHA..
tak apalah,terima kasih..untuk pengetahuan ,aku memang perempuan jantina aku dalam IC dan surat beranak sumenye perempuan.. tak ada siapa termasuk tok bomoh atau ustaz sekalipun dapat menyangkal kenyataan tu..cuma aku tak paham pe yg kau maksudkan ke aku.. 'kau dah jadi perempuan?' selama ni aku memang perempuan,mungkin mata kau nampak aku macam lelaki kot..atau bhsa 'lembut' kau jate~ dok gitu? aku perempuan yg asli,tak ciplak atau buat pembedahan sprti NYAH.. Allah jadikan aku dr perut mak aku sndri yang mengandungkan aku 9 bulan,menahan seksa selama 9 bulan.. menjaga diri aku selama 16 tahun ini sebgai perempuan .. tapi,kau seolah-olah ejek aku ni jantan.. tak ke sedih kalau mak aku baca nanti? memang aku perempuan..sumpah cakap,aku memang perempuan takkan aku nak tunjuk kat kau keadaan perempuan tu macam mana? aku tak dress macam lelaki,menyerupai lelaki atau apa pn yang samakan aku dngan lelaki.. tang perangai tu,mungkin lahh ada sbb kawan2 laki aku pun cakap macam lelaki.. tapi,lepas ni aku mohon,kalau kau setakat msg aku ,tanya jantina aku macam tu.. maaf cakap,better aku tak payah kenal kau.. itu dah cukup bahagia untuk aku dan cukup membuktikan aku ni PEREMPUAN..kau tak faham,kau faham2 sendiri..salam.."
panjang kan mesej aku? HAHA..panjang lagi air mata aku.. sedih tak sedih.. aku tak nak cakap..tapi,kali ni aku memang betul2 terasa..kenapa? sebelum ni aku tak pernah terasa langsung apa orag cakap kat aku.. people change right? mungkin masa ni lahh slow2 aura kewanitaan aku nak muncul ..HAKHAK~
*+.+ (kewanitaan??) ceh ayat aku ~
mungkin satu hari nanti,korang jumpa aku kat syarikat2 ternama milik aku .HAHA..naik skyline ke.. kete2 yang vogue the vas tuh~ pakai baju kurung.. pakai kasut tumit tinggi,wedges-wedges dan sekalian kasut yang tak pernah aku pakai tu~ depan korang..aku jalan bagai model lalu depan korang.. macam wanita melayu terakhir..masa tu,korang cakapla..
"CUNNYA QILA"
HAHA... boleh? terima kasih..
HAHA... janganlah persoalkan perkara macam ni dekat aku... or,ayat aku nanti akan lebih panjang daripada yang aku bg dekat SAM ni.. especially Epul..kau memang mulut tak bertapis.. sesuke dan sesuki suh aku berubah,jangan macam ini dan itu.. sorry but,kalau kau kawan aku..kau terima aku seadanya..aku tak kesah kalau tak ada nak lelaki dekat aku masa sekolah ni sebab perangai aku yang ganas gile ni..sebab mulut aku yang ala2 laser gak ni.. aku tak kesah..tak penting pada aku untuk waktu ini.. aku dah tak amek port sal tu sume.. aku tau,dan yakin ada jodoh untuk aku kelak.. Allah menciptakan setiap mahkluknya itu berpasangan kan? Insya-Allah...Waktu sekolah aku nak nikmati hidup aku sebgai pelajar sekolah..Lepas ni, pelajar universiti ,Insya-ALLAH... mnjadi kanak-kanak tu sekali,pelajar sekali, couple pun sekali.. tapi,menjadi anak ,menjadi isteri dan suami itu selamanya.. ibu dan bapa juga... tanggungjawab tu amat besar kelaknya .. Hargai hidup dan setiap saat yang korang miliki ketika ini..OKAY? huhuhu.. Jadilah pelajar .jadilah seseorang yang kita mahu,bukan yang orang mahu.. sebab ,esok lusa kita yang menentukan,bukan orang..
p/s : birthday saya tinggal lagi 4 minggu lahh.. HAHA :D
0 komen romen:
Post a Comment